Untuk menguji kefahaman pelajar berkaitan dengan tajuk jenis-jenis ayat, pelajar dikehendaki menyatakan jenis-jenis ayat di bawah.
1) Siapa nama kamu?
2) Ayah sedang bekerja.
3) Ibunya meninggal?
4) Wah, besarnya rumah kamu!
5) Silakan masuk makcik.
6) Jangan ganggu saya lagi!
7) Buang sampah yang ibu ikat itu!
8) Aminah sedang membaca buku.
9) Amboi, cantiknya baju kamu!
10) Tolong sidai pakaian yang telah dibasuh.
Latihan ini akan dibincangkan semasa sesi pembelajaran akan datang. Setiap pelajar dikehendaki menyalin semula ayat-ayat di atas dan menyatakan jenis-jenisnya di dalam buku latihan BM 1.
Blog yang membincangkan tentang tatabahasa yang terdapat di dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 5 ( Unit 1)

Monday, 26 December 2011
Ayat Permintaan
Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata-kata permintaan seperti minta atau tolong dengan maksud memohon bantuan atau meminta sesuatu. Contohnya :-
1) Minta murid-murid semua bertenang.
2) Tolong angkat sampah ini.
3) Tolong tutup pintu depan.
1) Minta murid-murid semua bertenang.
2) Tolong angkat sampah ini.
3) Tolong tutup pintu depan.
Ayat Silaan
Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti jemput, mari, sila dan sebagainya dengan maksud mempersilakan atau menjemput seseorang. Misalnya :-
1) Jemput makan.
2) Mari masuk.
3) Sila duduk.
1) Jemput makan.
2) Mari masuk.
3) Sila duduk.
Ayat Larangan
Ayat larangan sering menggunakan kata-kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan maksud menegah atau melarang seseorang melakukan sesuatu. Misalnya :-
1) Jangan memandai-mandai!
2) Usah dikenang peristiwa lalu.
3) Tak usah kau datang lagi.
1) Jangan memandai-mandai!
2) Usah dikenang peristiwa lalu.
3) Tak usah kau datang lagi.
Ayat Suruhan
Ayat suruhan merupakan ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau suruhan. Subjek berupa ganti nama kedua seperti awak, kamu, engkau dan lain-lain lagi lazimnya digugurkan. Contohnya :-
1) Tembak anjing gila itu.
2) Pergi dari sini!
3) Basuh pinggan mangkuk!
1) Tembak anjing gila itu.
2) Pergi dari sini!
3) Basuh pinggan mangkuk!
Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh atau memerintah seseorang supaya berbuat sesuatu atau melakukan sesuatu. Berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu :-
1) Ayat Suruhan
2) Ayat Larangan
3) Ayat Silaan
4) Ayat Permintaan
Pelajar boleh mengikuti perbincangan dan contoh bagi setiap jenis ayat di atas pada entri yang berikutnya.
1) Ayat Suruhan
2) Ayat Larangan
3) Ayat Silaan
4) Ayat Permintaan
Pelajar boleh mengikuti perbincangan dan contoh bagi setiap jenis ayat di atas pada entri yang berikutnya.
Ayat Seruan
Ayat seruan ialah ayat yang disertai kata seru seperti ah, amboi, cis, eh, syabas, wah dan lain-lain serta diakhiri dengan tanda seru (!) apabila dituliskan.
Contohnya :-
1) Amboi, cantik betul!
2) Cis, terimalah tikaman aku ini!
3) Syabas, engkau telah berjaya!
4) Wah, besar sungguh keretamu!
Contohnya :-
1) Amboi, cantik betul!
2) Cis, terimalah tikaman aku ini!
3) Syabas, engkau telah berjaya!
4) Wah, besar sungguh keretamu!
Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanya seseorang atau untuk menanyakan sesuatu. Berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya boleh digolongkan kepada dua jenis, iaitu :-
A) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
Contohnya :-
1) Dia terkejut?
2) Madu ini masam?
3) Dia ke masjidkah?
4) Kamukah yang menconteng buku itu?
B) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
Contohnya :-
1) Itu apa?
2) Orang itu siapa?
3) Ibu bapa awak mana?
4) Bilakah kita hendak bertolak ke Negara Thai?
A) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
Contohnya :-
1) Dia terkejut?
2) Madu ini masam?
3) Dia ke masjidkah?
4) Kamukah yang menconteng buku itu?
B) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
Contohnya :-
1) Itu apa?
2) Orang itu siapa?
3) Ibu bapa awak mana?
4) Bilakah kita hendak bertolak ke Negara Thai?
Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sesuatu dengan pernyataan atau memberi keterangan sesuatu hal, biasanya diakhiri dengan tanda noktah (.). Misalnya :-
1) Ah Chong sedang tidur.
2) Emak guru.
3) Dia di kedai buku.
1) Ah Chong sedang tidur.
2) Emak guru.
3) Dia di kedai buku.
Jenis-jenis ayat
Berdasarkan maknanya, ayat boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu :
1) Ayat Penyata
2) Ayat Tanya
3) Ayat Perintah
4) Ayat Seruan
Ikuti perbincangan bagi setiap satu jenis ayat ini di ruangan yang seterusnya.
1) Ayat Penyata
2) Ayat Tanya
3) Ayat Perintah
4) Ayat Seruan
Ikuti perbincangan bagi setiap satu jenis ayat ini di ruangan yang seterusnya.
Kata Nama Am
Kata nama am merupakan perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya. Kata nama ini terbahagi kepada dua jenis iaitu :-
1) Kata Nama Am Abstrak
2) Kata Nama Am Konkrit
Berikut huraian dan contoh bagi kedua-dua kata nama di atas.
1) Kata Nama Am Abstrak
Kata Nama ini merupakan nama sesuatu yang hanya dibayangkan sebagai ada dalam fikiran atau khayalan. Contohnya :-
a) idaman
b) kehendak
c) mimpi
d) diktator
e) kesengsaraan
f) perhimpunan
2) Kata Nama Am Konkrit
Kata Nama ini merupakan nama sesuatu yang dapat dilihat, atau dapat dipegang dan dapat dirasakan adanya. Contohnya ialah :-
a) danau
b) kucing
c) masjid
d) guru
e) basikal
f) titi
1) Kata Nama Am Abstrak
2) Kata Nama Am Konkrit
Berikut huraian dan contoh bagi kedua-dua kata nama di atas.
1) Kata Nama Am Abstrak
Kata Nama ini merupakan nama sesuatu yang hanya dibayangkan sebagai ada dalam fikiran atau khayalan. Contohnya :-
a) idaman
b) kehendak
c) mimpi
d) diktator
e) kesengsaraan
f) perhimpunan
2) Kata Nama Am Konkrit
Kata Nama ini merupakan nama sesuatu yang dapat dilihat, atau dapat dipegang dan dapat dirasakan adanya. Contohnya ialah :-
a) danau
b) kucing
c) masjid
d) guru
e) basikal
f) titi
Sunday, 25 December 2011
Latihan Kefahaman
Bagi menguji kefahaman pelajar berkaitan dengan kata nama, pelajar boleh merujuk di alamat ini :
latihan-klik disini
latihan-klik disini
Kata Nama Khas
Kata Nama ini merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaanya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu :-
1) Kata Nama Khas Hidup
2) Kata Nama Khas Tak Hidup
Kata nama khas hidup pula boleh dibahagi kepada:-
1) Kata nama khas hidup manusia
2) Kata nama khas hidup bukan manusia.
Contoh-contoh :-
1) Kata Nama Khas Hidup Manusia
Man
Tim
Esah
Azizul
Amirul
Arif
Dr. Mahathir
Mior Abdul Jalil
2) Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia
Sang Bedal
Comel
Si Belang
Nyamphaea stellata (teratai)
Manihot utilissima (ubi kayu)
Vanda Diana (orkid)
3)Kata Nama Khas Tak Hidup
Proton Wira
Suluh Budiman
Tatabahasa Dewan
Wisma Persekutuan
Tanjong Malim
Angkasapuri
1) Kata Nama Khas Hidup
2) Kata Nama Khas Tak Hidup
Kata nama khas hidup pula boleh dibahagi kepada:-
1) Kata nama khas hidup manusia
2) Kata nama khas hidup bukan manusia.
Contoh-contoh :-
1) Kata Nama Khas Hidup Manusia
Man
Tim
Esah
Azizul
Amirul
Arif
Dr. Mahathir
Mior Abdul Jalil
2) Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia
Sang Bedal
Comel
Si Belang
Nyamphaea stellata (teratai)
Manihot utilissima (ubi kayu)
Vanda Diana (orkid)
3)Kata Nama Khas Tak Hidup
Proton Wira
Suluh Budiman
Tatabahasa Dewan
Wisma Persekutuan
Tanjong Malim
Angkasapuri
Kata Nama
Kata Nama boleh dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik (makna atau pengertian) yang dibawa oleh perkataan itu, iaitu :-
a) Kata Nama Khas
b) Kata Nama Am
c) Kata Ganti Nama
Pada kali ini tumpuan perbincangan hanya akan diberikan kepada Kata Nama Khas dan Kata Nama Am sahaja. Manakala Kata Ganti Nama akan dibincangkan di dalam perbincangan yang berikutnya di dalam blog yang lain pula. Insyaallah
a) Kata Nama Khas
b) Kata Nama Am
c) Kata Ganti Nama
Pada kali ini tumpuan perbincangan hanya akan diberikan kepada Kata Nama Khas dan Kata Nama Am sahaja. Manakala Kata Ganti Nama akan dibincangkan di dalam perbincangan yang berikutnya di dalam blog yang lain pula. Insyaallah
Golongan Kata
Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh dibahagikan kepada golongan- golongan tertentu. Golongan kata dalam Bahasa Malaysia menurut Nik Safiah Karim, et.al. (1993) terbahagi kepada empat iaitu :-
1. Kata Nama
2. Kata Kerja
3. Kata Adjektif
4. Kata Tugas
1. Kata Nama
2. Kata Kerja
3. Kata Adjektif
4. Kata Tugas
Thursday, 22 December 2011
Awal bicara
Assalamualaikum....
"Buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong tunjukkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan"
Begitu indah pantun lama yang masih digunakan hingga ke hari ini.
Begitu jualah dengan bahasa kita, masih lagi digunakan alah dengan lebih meluasdan melebar pembelajarannyake negara-negara lain seperti Jepun, Thailand, Vietnam dan sebagainya yang mana terdapat Universiti di negara - negara tersebut yang menawarkan kursus Bahasa Malaysia.
Lantaran itu, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mendalami bahasa ibunda ini dengan sedalam-dalamnya. Blog ini dibina adalah bertujuan membincangkan secara khusus kandungan tatabahasa yang terdapat di dalam sukatan matapelajaran Bahasa Malaysia Tahun 5.
Semoga blog ini dapat membantu meningkatkan kefahaman kita terhadap tatabahasa Bahasa Malaysia.
Insyaallah
"Buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong tunjukkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan"
Begitu indah pantun lama yang masih digunakan hingga ke hari ini.
Begitu jualah dengan bahasa kita, masih lagi digunakan alah dengan lebih meluasdan melebar pembelajarannyake negara-negara lain seperti Jepun, Thailand, Vietnam dan sebagainya yang mana terdapat Universiti di negara - negara tersebut yang menawarkan kursus Bahasa Malaysia.
Lantaran itu, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mendalami bahasa ibunda ini dengan sedalam-dalamnya. Blog ini dibina adalah bertujuan membincangkan secara khusus kandungan tatabahasa yang terdapat di dalam sukatan matapelajaran Bahasa Malaysia Tahun 5.
Semoga blog ini dapat membantu meningkatkan kefahaman kita terhadap tatabahasa Bahasa Malaysia.
Insyaallah
Subscribe to:
Posts (Atom)