Untuk menguji kefahaman pelajar berkaitan dengan tajuk jenis-jenis ayat, pelajar dikehendaki menyatakan jenis-jenis ayat di bawah.
1) Siapa nama kamu?
2) Ayah sedang bekerja.
3) Ibunya meninggal?
4) Wah, besarnya rumah kamu!
5) Silakan masuk makcik.
6) Jangan ganggu saya lagi!
7) Buang sampah yang ibu ikat itu!
8) Aminah sedang membaca buku.
9) Amboi, cantiknya baju kamu!
10) Tolong sidai pakaian yang telah dibasuh.
Latihan ini akan dibincangkan semasa sesi pembelajaran akan datang. Setiap pelajar dikehendaki menyalin semula ayat-ayat di atas dan menyatakan jenis-jenisnya di dalam buku latihan BM 1.
No comments:
Post a Comment