Kata nama am merupakan perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya. Kata nama ini terbahagi kepada dua jenis iaitu :-
1) Kata Nama Am Abstrak
2) Kata Nama Am Konkrit
Berikut huraian dan contoh bagi kedua-dua kata nama di atas.
1) Kata Nama Am Abstrak
Kata Nama ini merupakan nama sesuatu yang hanya dibayangkan sebagai ada dalam fikiran atau khayalan. Contohnya :-
a) idaman
b) kehendak
c) mimpi
d) diktator
e) kesengsaraan
f) perhimpunan
2) Kata Nama Am Konkrit
Kata Nama ini merupakan nama sesuatu yang dapat dilihat, atau dapat dipegang dan dapat dirasakan adanya. Contohnya ialah :-
a) danau
b) kucing
c) masjid
d) guru
e) basikal
f) titi
No comments:
Post a Comment