Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanya seseorang atau untuk menanyakan sesuatu. Berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya boleh digolongkan kepada dua jenis, iaitu :-
A) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
Contohnya :-
1) Dia terkejut?
2) Madu ini masam?
3) Dia ke masjidkah?
4) Kamukah yang menconteng buku itu?
B) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
Contohnya :-
1) Itu apa?
2) Orang itu siapa?
3) Ibu bapa awak mana?
4) Bilakah kita hendak bertolak ke Negara Thai?
No comments:
Post a Comment